Tuesday, May 13, 2008

Kasih Ibu






Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.

*******************************

“Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,”rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya.
”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong saja!Ibu ingat Aifa budak kecik lagi ke??!!,bentak Aifa dengan kasar.
Salmah diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata.

Salmah masih ingat,Aifa dulunya gadis yang lemah lembut,baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua.Walaupun Aifa gadis yang lincah dan periang,kelembutannya masih terserlah sesuai dengan wajanya yang ayu dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Aifa tidak pernah menengking,apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya,Afhan.Aifa anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh.Segala kemahuannya dituruti,tambahan pula,suaminya orang berada.Dia dan suaminya melayan Aifa bagaikan puteri,tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap,begitulah kasih saying mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.
Aifa memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan.

Namun,setelah kematian Afhan,anak emasnya mula berubah laku.Aifa menjadi gadis liar.Aifa bukan lagi anak yang patuh arahannya,sifat lembutnya juga hilang ditelan sifat kasar,suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salmah sedar,perubahan Aifa adalah ekoran daripada kematian papanya,Afhan yang amat disayanginya.Kematian Afhan sememangnya memberikan impak yang besar kepada Aifa,mana tidaknya Aifa sememangnya manja dengan arwah Afhan.Aifa kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salmah sendiri akibat Salmah terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah Salmah tidak lagi mempeduilkan keadaan anaknya.

Aifa yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak,ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Aifa lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.Bagi Aifa,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya.Malah,dirinya sendiri tidak dipedulikan.Aifa akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Aifa langsung tidak pulang ke rumah.Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Aifa dibuang sekolah.Salmah yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya,tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Aifa langsung tidak mempedulikan nasihat Salmah lagi.Aifa melayannya acuh tak acuh.Tetapi Salmah tidak mengambil hati dengan sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Aifa.Salmah tahu,silapnya kerana telah mengabaikan Aifa setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab Aifa berubah laku dan bersalah kapada suaminya kerana tidak mampu mendidik Aifa menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.

Salmah tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Salmah beristighfar di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.Salmah tahu,pastinya dentuman itu datang dari bilik Aifa.Sebaik saja memandang kearah tangga,Salmah melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna biru yang berlengan pendekSalmah mengelengkan kepalanya kerana dulu Aifa tidak pernah berpakaian ekstrem sebegitu.
“Pasti Aifa nak keluar lagi”,bisik hati kecil Salmah.
Aifa hanya menjeling ibunya dan terus melangkah kea rah pintu depan rumah.Salmah terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Aifa keluar.Salmah memaut lembut lengan anknya.
“Aifa nak ke mana?”,soal Salmah.
“It’s none of your business ok?”.Kasar jawapan Aifa.
“Aifa,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,lepas itu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Aifa kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu lah nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni.Dulu Aifa selalu temankan ibu,Aifa ingat tak?”,Salmah memujuk lembut.

“Ah,tu semua dulu lah bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata.Hei,mana lah ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Aifa,yang perlukan kasih sayang ibu,perhatian dari ibu.Selama ni Aifa jaga diri Aifa sendiri.SENDIRI,understand??Aifa bukan anak manja lagi.So,jangan nak menyekat kebebasan Aifa!Aifa dah besar,and for your information..Aifa suka dengan cara hidup Aifa sekarang..Kita buat hal masing-masing,ibu buat hal ibu dan Aifa akan buat hal Aifa!!!!”tengking Aifa kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya.Tangan Salmah yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salmah terjatuh.

Walaupun Salmah terjatuh,Aifa langsung tidak mempedulikan ibunya,hatinya bagaikan beku.Aifa terus menghidupkan enjin skuternya..Salmah meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salmah nekad,hari ini dia perlu menghalang Aifa sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu.Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Aifa belumpun berlalu pergi.Salmah bukannya mahu menyekat kebebasan Aifa,tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salmah mahu anaknya kembali menjadi Aifa yang dulu,

“Ya ALLAH,kembalikanlah Aifa,anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil,tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH”,sayu Salmah berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.

Salmah masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Aifa teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya.
“Sedarlah nak,jangan lah kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Aifa berubah,Aifa masih ada peluang”,dalam kepayahan Salmah menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi.
“Sudah lah bu,boleh jalan lah dengan takzkirah ibu tu.Aifa muak,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik lah bu.Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak?Sudah,lepaskan tangan Aifa,Aifa mahu pergi!!”,marah Aifa dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.

Salmah masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Aifa yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salmah jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya,tetapi Aifa menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.Benarlah kata orang,kasih ibu membatasi segalanya,Salmah bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi,malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salmah yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salmah hanya mampu menyebut ‘ALLAHUAKBAR’ dengan kuat sebelum badannya terpelanying ke tepi jalan.Aifa yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.Tercengang Aifa apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.

Aifa menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya.
“Ibu!Jangan tinggallkan Aifa bu.Aifa sayangkan ibu,Aifa perlukan ibu.Aifa bersalah,Aifa minta maaf.Tapi tolong lah bu,jangan tinggalkan Aifa!!!”,laung Aifa sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah.Salmah tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya,

“Ibu pun sayangkan kamu nak.Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu minta maaf.Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Aifa.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu,anakku.Berubah lah menjadi Aifa yang dulu”,tenang Salmah menuturkan kata walaupun tersekat-sekat.Dan itulah kata-kata terakhir yang Aifa dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya.Aifa sayu dengan apa yang berlaku.
“Tidak bu,ibu tak boleh tinggalkan Aifa,tak boleh!Aifa dah tak ada sesiapa lagi selain ibu”,bisik Aifa ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya.

“Ya Allah,panjangkan umur ibuku,janganlah Engkau ambil nyawanya.Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah tak ada sesiapa lagi selain dia”,doa Aifa dalam hati.

Tetapi sesungguhnya,ALLAH Maha Berkuasa,Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya.Salmah meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Aifa meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya.
“Ibuuuuuuu!!!”………..

****************************
Aifa kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya.Semuanya salah dirinya.Ya!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.Sungguh,sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Aifa ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Aifa sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.

“Oh Tuhan,ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku.Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya,Ya Karim.Amin....”detik hati kecil Aifa

Sungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.

“Oh ibu,Aifa rindukan ibu”,bisik Aifa memandang gambar ibunya…..

SELAMAT HARI IBU

Wednesday, May 7, 2008

Semut Gila

"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!