Monday, June 30, 2008

Akhlak kita pada mereka yang bukan seakidah dengan kita

Salam...

Hai sahabat2!!!

Hari ni,ana nak berkongsi sebuah kisah tauladan dgn sahabat2 semua.Ana harap sahabat2 enjoy dengan kisah ni,tp!!!jgn lupa mengambil pengajaran disebalik kisah ni na...okey..syukran:)

Akhlak kita pada mereka yang bukan seakidah dengan kita

"Perlahankanlah sikit lagu tu Kamal,tak elok kau buka kuat-kuat…Kesian kat orang bilik sebelah,kot- kot diaorang ngah study ke" Tegur Ah Meng kepada Sahabatnya itu.Entah macam mana pada hari itu Kamal cuba menegakkan benang yang basah "Ah!!Lantaklah, ini bilik kita,suka hati kita la nak buat apa pun..Nak buka lagu kuat-kuat ke,buka tv kuat-kuat ke,memekak ke suka ati kita ler..Lagipun diorang tu bukannyer Islam pon,semuanya kaper…."Kamal ketawa terbahak-bahak.

Ah Meng panas hati bila mendengar kata-kata biadap Kamal terhadap jiran-jiran mereka,masakan kita boleh membeza-bezakan antara Islam dan Kafir dalam membuat onar..marah Ah Meng...

"Kamal,aku rasa kau melampau,dah lama aku bersabar dengan kerenah kau,lagi-lagi dalam meremehkan dan memandang rendah terhadap mereka yang bukan seakidah dengan kita.Disebabkan mereka itu bukan islam kau berlaku tidak adil kepada mereka,adakah kau sudah lupa dengan firman Allah
"Dan jangan sampai kerana kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil."

Selain tu aku tak pernah tahupun bahawa Islam mengajar kita membeza-bezakan antara Agama dalam soal bermasyarakat diantara manusia dengan manusia.Malahan apa yang aku tahu Nabi sangat menitik beratkan hubungan antara islam dengan bukan islam,nabi menegaskan hal itu didalam sabdanya
"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka saya adalah musuhnya, dan barangsiapa memusuhi saya, maka akan saya musuhinya nanti di hari kiamat."
Mahukah kau menjadi musuh Muhammad yang mulia?? AstagfiruAllah, istifar Kamal.".

Marah betul Ah Meng saat itu,dia terpaksa meluahkan segalanya terhadap Kamal apa yang terbuku dihatinya,dia terlalu sayang kepada sahabatnya itu,disebabkan itu beliau mengambil tindakan sedemikian bagi menyedarkan Kamal.

"Ya,Allah!!Apa aku dah buat ni???Maafkan aku Ah Meng,jauh sungguh aku tersasar dalam perkara ini..Maafkan aku Ya Allah,maafkan aku Ah Meng...." Kamal menyesali perbuatannya, baru dia sedar bahawa Islam memandang berat terhadap perkara ini,sambil memperlahankan volume speaker dekstopnya..

"Begitulah Islam mengajarkan kita bagaimana bersikap terhadap mereka yang bukan seakidah dengan kita..Itu baru dengan orang bukan seakidah inikan pula mereka yang seakidah dengan kita lagi lah kita perlu jaga dan hormati antara satu sama lain.Sebab Nabi SAW ada mewasiatkan bahawa tidak sempurna iman sehinggalah kita mencintai saudara kita.Syukurlah kau menyesali perbuatan tersebut,dah la tu tak yah nangis-nangis lagi buruk benor muka kau kalo nangis''.Usik Ah Meng pada Kamal,kemudian mereka ketawa bersama-sama…

*moral of the story:Janganlah kita menyakiti mereka yang bukan beragama Islam,sakiti dalam apa bentuk sekalipun antaranya adalah seperti perbuatan kamal diatas.Orang bukan Islam yang berada di Malaysia ini adalah mereka yang digelar sebagai Ahlu Zimmah.Ahlu zimmah bermaksud Non-muslim yang berada dinegara Islam secara baik,tidak haram dari segi hokum,dengan membayar jizyah dan mentaati peraturan yang ada dinegara Islam tersebut.Hak mereka sama dengan hak kaum muslim,mereka harus dilindungi dijaga dan tidak boleh disakiti.

Sunday, June 29, 2008

CAFE PULA...

CAFÉ FRANCISE…

Salam…

Ini satu lagi isu yang baru sahaja keluar di berita jam 8 beberapa hari yang lepas.Ana turut merasakan bahawa isu ini amat menarik untuk diperbincangkan.Walaupun isu ini tidaklah boleh dikatakan sebagai hangat dan panas seperti isu minyak tetapi sebagai salah seorang mahasiswa,ana merasakan isu ini amat menarik untuk diperbincangkan bersama2 sahabat2…

Bila ana tontoni berita jam 8 di tv3 mengenai isu ini,ana dapat melihat dan mendengar pandangan daripada beberapa mahasiswa dan bekas mahasiswa dari beberapa IPTA di Malaysia.Menurut satu pandangan,kita perlu memandang positive terhadap penubuhan cafe2 ini dan jgn terlalu berfikiran negative dan memandang kepada kesan2 buruknya sahaja tetapi fikirkan tentang kesan2 positivenya juga.Sebagai contoh,dengan adanya café ini,assignment2 akan mudah disiapkan dan mudah untuk pelajar2 mencari maklumat di internet.Ada juga yg berpendapat,elok ditubuhkan tetapi harganya perlu lebih murah berbanding harga sebenar diluar kampus dan kesan buruk daripada penubuhan café ini boleh dikawal kerana ianya masih didalam kawasan kampus.

Tetapi ada juga yg tidak bersetuju dgn mengatakan bahawa penubuhan café ini akan memberikan kesan buruk dan menggalakkan pelajar2 untuk melepak dan membuang masa dengan perkara2 yg tidak berfaedah.Selain daripada itu,ianya menggalakkan pelajar untuk membazir dan menghalang menabung kerana pelajar perlu membayar RM10 hanya untuk secawan coffie.Ini juga akan menyebabkan pelajar kekurangan duit untuk pembelajaran mereka.Ada benarnya juga dengan pendapat ini.Jika diikutkan,tanpa adanya café ini pun,cthnya dikampus ana,pelajar2 masih boleh melayari internet di library,di makmal2 komputer,malah dimana2 sahaja dikawasan kampus termasuk dikelas2..

Ya…Memang kita tidak dapat nafikan bahawa penupuhan café ini di IPTA2 ada baik dan buruknya..Cuma yg mana lebih banyak samada kesan baik ataupun kesan buruk tiada sapa yg tahu.Jadi,ana nantikan pandangan daripada sahabat2 mengenai isu ini…

Wallahualam…

ADUHAI MINYAK....

PANAS!PANAS!PANAS!HANGAT DIPASARAN!!!

Salam….
Panas!panas!panas!apakah berita yg sedang hangat diperkatakan kini?Adakah isu saham dunia jath menjunam@isu barang naik@isu harga minyak yg naik secara mendadak@isu kadar jenayah yg semakin meningkat sejak2 akhir2 ini?Jika kita perhatikan,semua isu ini berlaku setelah isu harga minyak dunia naik secara mendadak..Isu ini hangat diperkatakan dan diperbincangkan,tidak kira di blog,email mahupun friendster.Secara tiba2 minyak menjadi famous tanpa diduga2…Aduhai minyak..

Negara kita juga tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia kini.Tetapi banyak kekeliruan dan tanda tanya yang berlaku kerana Malaysia adalah salah satu daripada Negara pengeluar minyak,tetapi kenapa harga minyak di Malaysia boleh naik sebegitu tinggi sekali?Cuba sahabat2 lihat perbandingan harga petrol Malaysia dengan negara2 pengeluar minyak yang lain selitir seperti dibawah;

Iran = RM0.29
UAE = RM1.19
Venezuela = RM0.16
Nigeria = RM0.32
Arab Saudi = RM0.38
Mesir = RM1.03
Kuwait = RM0.67
Brunei = RM2.03
Malaysia = RM2.70


Sesuatu yg amat mengejutkan.Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku???Jadi,dapatkah sahabat2 lihat dan teliti kembali, apakah sebenarnya yang sedang berlaku kini?Apakah benar berita2 yg kita dengar selama ini bahawa ada propaganda politik disebalik semua ini?Kenapa harga petrol di Negara ini naik sebegitu tinggi sedangkan Malaysia mempunyai Petronas yang dikatakan ditubuhkan kerana ingin mengawal dan mengelakkan harga minyak diMalaysia ini naik sebegitu tinggi hingga membebankan rakyat,tetapi kenapa semua ini tetap berlaku?????siapakah yg patut dipersalahkan dlm hal seperti ini???Adakah Bush???Adakah Petronas???Adakah pimpinan Negara kita@siapa???

Isu kenaikan harga minyak ini juga dikaitan dengan punca kenapa meningkatnya kes2 jenayah dinegara ini.Jika sahabat2 perhatikan dan jika sahabat2 perasan,sejak Perdana Menteri mengumumkan tentang kenaikan harga minyak,kadar jenayah yg berlaku dinegara ini juga turut meningkat..Dari sehari ke sehari pasti ada sahaja kes jenayah dan rompakan yang berlaku.

Kenapa erk???Pada pandangan peribadi ana, memang betul,salah satu punca yg menyebabkan kes rompakan dan jenayah meningkat dinegara ini adalah kerana kesan drpd kenaikan harga minyak yg terlalu mendadak.Tidak mustahil boleh berlaku seperti itu kerana jika kita perasan,orang kaya dinegara kita ini semakin kaya dan org miskin pula menjadi semakin miskin.Adakah ini dikatakan adil???Mungkin ada sesetengah pihak yg tidak merasakan kesan yg terlalu ketara kepada kehidupan mereka hasil daripada kenaikan harga minyak ini,tetapi kita tidak boleh hanya melihat pada diri kita sahaja,kita perlu memikirkan golongan miskin yg semakin merana dan tidak mustahil mereka terpaksa melakukan jenayah dan rompakan semata2 ingin menampung kehidupan mereka..

Jika harga minyak naik,sekaligus harga barang juga akan turut naik,semua ini kita tidak dapat elakkan kerana semuanya berkait dengan minyak,jadi kerana itu harga barang2 juga pasti dan pasti akan naik.Apakah yang boleh kita lakukan???

Banyak pandangan yang telah didengari dari pelbagai penduduk diMalaysia.Dari survey yang telah dibuat,ada yang berpandangan ianya sesuatu yang amat membebankan rakyat dan meminta kerajaan untuk memikirkan cara untuk menurunkan harga minyak semula.Tidak kurang juga ada yg berpendapat bahawa kita perlu ikut jer kerana kerajaan lagi tahu apa yang mereka lakukan dan ada juga yg membangkang tetapi mengatakan bahawa kita tidak mampu berbuat apa2 kerana kita tiada kuasa untuk membantah..

Betulkah seperti apa yg didakwa,bahawa tiada apa2 yang boleh kita lakukan???Dari pandangan peribadi ana,kita mempunyai hak untuk bersuara kerana kita yg menerima kesannya dan kenapa negara2 pengeluar minyak yg lain boleh mempunyai harga petrol yg rendah tetapi Negara kita tidak boleh???Sedangkan Negara kit juga adalah salah satu daripada Negara pengeluar minyak seperti Iran,Venezuela dan Kuwait???Sebagai rakyat kita berhak untuk bersuara dan menyatakan pendirian kita,bukan bermaksud kita ingin menjadi pembangkang kepada kerajaan,Cuma sebagai rakyat kita perlu untuk bersuara kerana kita yg merasai bebannya,lagi2 bg golongan miskin,lagipun mungkin pihak kerajaan terlepas pandang mengenai hal ini dan tugas kita sebagai rakyat untuk menegur.Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg boleh menerima teguran dan pandangan daripada org bawahan dengan terbuka dan cuba memperbaiki kelemahan yg ada demi kebaikan bersama.Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan..Ana ingt lagi kata2 dari Perdana Menteri kita,Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau ingin kita bekerja bersama2nya bukan bekerja untuknya…

Jadi,apakah pandangan sahabat2???Adakah kita memang tidak mampu dan boleh berbuat apa2??Adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati tanpa berbuat apa2???Renung2kanlah dan fikir2kanlah…

ADUHAI MINYAK………

Saturday, June 28, 2008

MENANGISLAH DISINI SEBELUM MENANGIS DISANA

Salam....

Bertemu lagi kita dalam ruangan blog ana ni...Disini ingin ana berkongsi satu artikel bersama2 sahabat2 sekalian....Marilah kita renungkan bersama2...

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA !!!

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. "

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.
Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa.
Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!...

wallahualam...

DAKWAH REMEH DAN RANTING..

Salam...

Kepada sahabat2 yg mengunjungi blog ana ni, syukran jazilan dan maaf kerana sudah lama tidak make-up blog ana ni dgn isu2 yg menarik..

Hari ini, ana ingin berkongsi dan bertukar pendapat tentang satu isu yg ana rs amat menarik untuk diperbincangkan.Ana mendapt email yg bertajuk "Dakwah Remeh dan Ranting" ini dari seorang sahabat dan ana ingin berkongsi dan mendengar pendapat sahabat2 mengenai isu tersebut.....

KOTA BHARU 23 Jun - Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) di sini.Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,'' katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada,memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikutUndang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam(MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebihRM500. - BERNAMA.

Jika kita lihat kepada berita ini, bagi kita yg memahami pasti kita akan merasakan ianya satu berita yg menggembirakan,tetapi adakah semua berfikirn seperti itu???kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawasanya masih ada sesetengah pihak yg beranggapan bhwa berita ini adalah satu berita yg boleh menghalang kebebasan berpakaian bg mereka dan beranggapan bhwa berita ini adalah sesuatu yg kolot dan tidak berfikiran terbuka.

Jadi,ana ingin mendengar pandangan drpd sahabat2 mengenai berita ini..Ana mengalu2kan pandangan dan idea drpd sahabat2...syukran.wassalam

Tuesday, May 13, 2008

Kasih Ibu






Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.

*******************************

“Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,”rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya.
”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong saja!Ibu ingat Aifa budak kecik lagi ke??!!,bentak Aifa dengan kasar.
Salmah diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata.

Salmah masih ingat,Aifa dulunya gadis yang lemah lembut,baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua.Walaupun Aifa gadis yang lincah dan periang,kelembutannya masih terserlah sesuai dengan wajanya yang ayu dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Aifa tidak pernah menengking,apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya,Afhan.Aifa anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh.Segala kemahuannya dituruti,tambahan pula,suaminya orang berada.Dia dan suaminya melayan Aifa bagaikan puteri,tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap,begitulah kasih saying mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.
Aifa memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan.

Namun,setelah kematian Afhan,anak emasnya mula berubah laku.Aifa menjadi gadis liar.Aifa bukan lagi anak yang patuh arahannya,sifat lembutnya juga hilang ditelan sifat kasar,suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salmah sedar,perubahan Aifa adalah ekoran daripada kematian papanya,Afhan yang amat disayanginya.Kematian Afhan sememangnya memberikan impak yang besar kepada Aifa,mana tidaknya Aifa sememangnya manja dengan arwah Afhan.Aifa kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salmah sendiri akibat Salmah terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah Salmah tidak lagi mempeduilkan keadaan anaknya.

Aifa yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak,ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Aifa lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.Bagi Aifa,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya.Malah,dirinya sendiri tidak dipedulikan.Aifa akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Aifa langsung tidak pulang ke rumah.Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Aifa dibuang sekolah.Salmah yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya,tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Aifa langsung tidak mempedulikan nasihat Salmah lagi.Aifa melayannya acuh tak acuh.Tetapi Salmah tidak mengambil hati dengan sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Aifa.Salmah tahu,silapnya kerana telah mengabaikan Aifa setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab Aifa berubah laku dan bersalah kapada suaminya kerana tidak mampu mendidik Aifa menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.

Salmah tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Salmah beristighfar di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.Salmah tahu,pastinya dentuman itu datang dari bilik Aifa.Sebaik saja memandang kearah tangga,Salmah melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna biru yang berlengan pendekSalmah mengelengkan kepalanya kerana dulu Aifa tidak pernah berpakaian ekstrem sebegitu.
“Pasti Aifa nak keluar lagi”,bisik hati kecil Salmah.
Aifa hanya menjeling ibunya dan terus melangkah kea rah pintu depan rumah.Salmah terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Aifa keluar.Salmah memaut lembut lengan anknya.
“Aifa nak ke mana?”,soal Salmah.
“It’s none of your business ok?”.Kasar jawapan Aifa.
“Aifa,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,lepas itu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Aifa kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu lah nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni.Dulu Aifa selalu temankan ibu,Aifa ingat tak?”,Salmah memujuk lembut.

“Ah,tu semua dulu lah bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata.Hei,mana lah ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Aifa,yang perlukan kasih sayang ibu,perhatian dari ibu.Selama ni Aifa jaga diri Aifa sendiri.SENDIRI,understand??Aifa bukan anak manja lagi.So,jangan nak menyekat kebebasan Aifa!Aifa dah besar,and for your information..Aifa suka dengan cara hidup Aifa sekarang..Kita buat hal masing-masing,ibu buat hal ibu dan Aifa akan buat hal Aifa!!!!”tengking Aifa kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya.Tangan Salmah yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salmah terjatuh.

Walaupun Salmah terjatuh,Aifa langsung tidak mempedulikan ibunya,hatinya bagaikan beku.Aifa terus menghidupkan enjin skuternya..Salmah meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salmah nekad,hari ini dia perlu menghalang Aifa sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu.Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Aifa belumpun berlalu pergi.Salmah bukannya mahu menyekat kebebasan Aifa,tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salmah mahu anaknya kembali menjadi Aifa yang dulu,

“Ya ALLAH,kembalikanlah Aifa,anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil,tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH”,sayu Salmah berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.

Salmah masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Aifa teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya.
“Sedarlah nak,jangan lah kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Aifa berubah,Aifa masih ada peluang”,dalam kepayahan Salmah menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi.
“Sudah lah bu,boleh jalan lah dengan takzkirah ibu tu.Aifa muak,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik lah bu.Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak?Sudah,lepaskan tangan Aifa,Aifa mahu pergi!!”,marah Aifa dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.

Salmah masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Aifa yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salmah jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya,tetapi Aifa menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.Benarlah kata orang,kasih ibu membatasi segalanya,Salmah bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi,malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salmah yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salmah hanya mampu menyebut ‘ALLAHUAKBAR’ dengan kuat sebelum badannya terpelanying ke tepi jalan.Aifa yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.Tercengang Aifa apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.

Aifa menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya.
“Ibu!Jangan tinggallkan Aifa bu.Aifa sayangkan ibu,Aifa perlukan ibu.Aifa bersalah,Aifa minta maaf.Tapi tolong lah bu,jangan tinggalkan Aifa!!!”,laung Aifa sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah.Salmah tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya,

“Ibu pun sayangkan kamu nak.Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu minta maaf.Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Aifa.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu,anakku.Berubah lah menjadi Aifa yang dulu”,tenang Salmah menuturkan kata walaupun tersekat-sekat.Dan itulah kata-kata terakhir yang Aifa dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya.Aifa sayu dengan apa yang berlaku.
“Tidak bu,ibu tak boleh tinggalkan Aifa,tak boleh!Aifa dah tak ada sesiapa lagi selain ibu”,bisik Aifa ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya.

“Ya Allah,panjangkan umur ibuku,janganlah Engkau ambil nyawanya.Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah tak ada sesiapa lagi selain dia”,doa Aifa dalam hati.

Tetapi sesungguhnya,ALLAH Maha Berkuasa,Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya.Salmah meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Aifa meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya.
“Ibuuuuuuu!!!”………..

****************************
Aifa kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya.Semuanya salah dirinya.Ya!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.Sungguh,sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Aifa ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Aifa sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.

“Oh Tuhan,ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku.Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya,Ya Karim.Amin....”detik hati kecil Aifa

Sungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.

“Oh ibu,Aifa rindukan ibu”,bisik Aifa memandang gambar ibunya…..

SELAMAT HARI IBU

Wednesday, May 7, 2008

Semut Gila

"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!

Tuesday, January 8, 2008

Welcome

Welcome to my new blog.


I believe that my journey to reinventing myself has started. I am certain that success will be mine. And I believe in myself all the more after start my new semester.


And as my journey to reinventing myself begins, I am confident that there will always be good people encouraging me on.